Centrina
          Terukir senyuamn di bibir Aina. Tanpa berkata apa-apa, hatinya menguntum mekar kegembiraan. Baru sebentar tadi bicaranya bersama Azwin. Keputusan bagi permohonan untuk bertukar telah diluluskan. Segala jerih perihnya kali ini berbaloi dan kini dia tak lagi perlu turun naik ke Kementerian Pelajaran memohon untuk pindah.
          Sepuluh tahun Aina berjauhan dari keluarga. Tempoh waktu yang mengajarnya erti sebuah kehidupan bersendirian dan berdikari. Tempoh waktu itu juga tanpa sedar, banyak perubahan terjadi pada keluarganya dan dia tidak berkesempatan untuk benar-benar merasakan  kehadirannya untuk kedua orang tuanya di usia emas mereka. Tapi kali ini, dari berita yang baru diterimanya sebentar tadi, harapannya mula bersinar. Wajah Ibu tersayang tergambar di matanya menguntum senyuman andai mendengar berita itu dan kerana itu, Aina membalas senyuman.
          Berkaca mata ibu mendengar berita dari Aina tentang kepulangannya untuk kembali bertugas di negeri Kelantan kembali setelah dua puluh tahun berhijrah meninggalkan kampung halaman.