Centrina
          Terukir senyuamn di bibir Aina. Tanpa berkata apa-apa, hatinya menguntum mekar kegembiraan. Baru sebentar tadi bicaranya bersama Azwin. Keputusan bagi permohonan untuk bertukar telah diluluskan. Segala jerih perihnya kali ini berbaloi dan kini dia tak lagi perlu turun naik ke Kementerian Pelajaran memohon untuk pindah.
          Sepuluh tahun Aina berjauhan dari keluarga. Tempoh waktu yang mengajarnya erti sebuah kehidupan bersendirian dan berdikari. Tempoh waktu itu juga tanpa sedar, banyak perubahan terjadi pada keluarganya dan dia tidak berkesempatan untuk benar-benar merasakan  kehadirannya untuk kedua orang tuanya di usia emas mereka. Tapi kali ini, dari berita yang baru diterimanya sebentar tadi, harapannya mula bersinar. Wajah Ibu tersayang tergambar di matanya menguntum senyuman andai mendengar berita itu dan kerana itu, Aina membalas senyuman.
          Berkaca mata ibu mendengar berita dari Aina tentang kepulangannya untuk kembali bertugas di negeri Kelantan kembali setelah dua puluh tahun berhijrah meninggalkan kampung halaman.

Centrina
Sukar menahan air mata dari gugur membasahi pipi. Bila diri sentiasa di salah erti. Bagaikan busuknya hati ini bila saja teguran ku seperti hendak dibalas dengan sepak terajang dan jadi bahan pertengkaran. Baru kini ku merasa apa yang abah rasa. Memang sejak dari dulu abah cuba meluahkan sesuatu. Namun terus ditelan segalanya, menjadi racun buat dirinya.

Aku sedar, aku cuma menumpang berteduh di sini. Ke mana pun ku pergi, aku cuma menumpang berteduh. Namun keimananku, bukan sekadar di hati. Sebaliknya bibirku petah berkata-kata, menegur suatu yang padaku, masih boleh diperbetulkan. Bukan nya bermakna aku sempurna, tapi aku juga terbuka untuk menerima teguran yang membina. Terima kasih pada yang benar-benar ikhlas menegurku dan memimpinku ke jalan yang lebih lurus dan benar.

Selagi aku diberikan aqal untuk berfikir. Selagi aku diberikan kudrat untuk berkata-kata dan menilai kebaikan dan keburukan. Selagi aku peduli kerana sayang, aku menegur kesilapan-kesilapan dengan harapan, teguran ku paling-paling tidak, di dengari kalau pun tak mahu menerima. Tapi jangan lah diri ini di kasari dengan kata-kata nista. Janganlah diri ini di kasari dengan tindakan. Kerana aku tidak niat memulakan permusuhan. Sekadar sekelumit menyambung 'amanah' dari tugas Rasulullah , menyampaikan pesanan-pesanan ke arah kebaikan.

Aku sedar dosaku bertempek dan diriku bukan insan yang luhur dan suci. Namun, selagi aku menangis bila mengenangkan segala dosa dan kesilapanku dengan hati yang sangat kesal. Aku tahu Allah juga masih sayangkan aku...

Jauh di dasar hati ku, benar-benar dunia ini penjara buatku. Aku tak lagi mengejar apa-apa. Sekadar meneruskan kehidupan, untuk menerangi jalan insan lain yang aku sayangi. Moga Allah berkati perjuanganku ini. Aku bahagia dan tenang dengan apa yang ku milliki seadanya. Tiada lagi sempit dadaku melihat apa yang orang miliki, tiada padaku.....

حسبي ربي

Centrina









Centrina


Apa yang menggembirakanku....????

UNTUK SENTIASA BERSAMA ORANG YANG AKU SAYANGI

Tapi semua jauh dariku dan kian menghilang.....dan aku tak punya pilihan
untuk menghalang sebuah kematian dan perpisahan

Centrina


Aku di kampung. Dari tingkap bilikku, aku merenung kerusi batu di belakang rumah. Tempat di mana abah selalu bersantai menikmati pemandangan alam di kelilingi kebun dokong dan rambai hasil usahanya 20 tahun yang lalu. Suasana tempat itu dah berubah. Rumput-rumput meninggi sehingga ke paras betis. Lumut-lumut hijau pada kerusi batu juga kian menebal. Baru hampir 6 bulan abah meninggalkan kami. Persekitaran rumah sudah tak lagi terurus. Aku mula menyedari. Betapa bakti abah sebenarnya sangat-sangat besar. Walau kudrat cuma mampu mencabut rumput dengan genggaman tangannya kerana tidak lagi mampu menghayun cangkul semenjak melalui pembedahan memasang bateri jantungnya, abah mampu menjaga laman belakang rumah untuk kami semua rasa selesa dan gembira. Tidak seperti sekarang. Melihat berlumutnya kerusi batu itu, hakikatnya berlumutnya hati-hati kami untuk terus menikmati keadaan sekeliling sejak semuanya dah berubah. Pada hal, masa ada nya abah. Di situlah tempat kami bersantai minum-minum petang, makan kiuh atau goreng pisang sambil sembang-sembang. Abah mesti sedih andai mampu pulang menjenguk laman kesukaannya....

Entah kenapa, angin juga bagaikan tak lagi berhembus. Hatiku sayu. Dan aku menangis lagi. Sungguh aku merindui semua kenangan lalu bersama abah. Di kerusi batu itu juga, pernah rakan-rakan rapat dengan ku bersantai ....biar hanta kerusi batu. Kenangan pada satu laman itu, menggamit perasaanku....
Centrina

Pada laluan lorong-lorong kehidupan ini. Masa terus berdetik. Terkadang detik waktu itu menggegar degup jantung. Dan kerapnya detik waktu itu menitiskan airmata. Kerapnya, bila sendirian merempuh lorong-lorong kehidupan, berjauhan dari keluarga, akan kelemasan dalam kegelapan, ketakutan, kebimbangan. Namun harus terus pastikan... diri terus sedar. Tidak pitam dalam kelemasan. Biar pun payah meredah lorong-lorong kehidupan tanpa orang tersayang, Harus terus berdiri ! Kerana dari kejauhan... masih ada kehidupan lain yang mengharapkan semangat kita, demi meneruskan hidup mereka.

Andai diri tidak mampu menjadi matahari yang menerangi semesta alam, impikanlah agar diri dapat kiranya menjadi bulan yang dapat menerangi malam atau sekadar menjadi bintang yang memberi pertunjuk kepada pengembara tika meredah luasnya lautan.
Centrina
Ingatlah. Sebelum berdiri tegapnya kamu sekarang. Pasti kamu bertatih mengatur jalan dipimpin tangan-tangan mangajarmu berjalan. Tika kamu hilang arah tuju, ada insan yang menjadi pertunjuk buatmu hingga kau mampu berada ditempat beradanya kamu sekarang.

Tapi malangnya, manusia kerap lupa. Manusia kerap berangapan, Itu sudah lumrah. Jatuh bangun seseorang sudah jadi asam garam sebuah kehidupan. Yang dulu tak sama dengan yang sekarang. Yang berlalu jangan diungkit-ungkit lagi. Karana prinsip dan pegangan hidup inilah maka manusia jadi insan yang bongkak dan cepat Tinggi diri bila berada di atas.

Insan begini mampu pijak kepala siapapun yang tak lagi memberi kepentingan buat hidupnya. Insan begini tak lagi akan kenal siapa-siapa yang tak lagi berguna buat nya. Biarpun mungkin insan yang pernah mengangkatnya jatuh dalam gaung kekecewaan yang gelap dan gulita tanpa cahaya, tanpa udara.

Jangan lah kita tergolong dalam kelompok insan yang bongkak dan meninggi diri apabila merasakan diri lebih tahu banyak perkara dari insan yang pernah membimbing kita. Jangan lah kita memandang rendah dan menghina orang lain kerana kehebatan yang ada pada kita. Sungguh kelebihan yang ada, kebahagiaan, kecerdasan, dari Allah juga segalanya datang dan bisa di ambil pada bila-bila masa.

Harus di ingatkan. Tiap insan bakal diuji. Ada yang jalan hidup seseorang bermula dengan episod duka berakhir suka. Namun jangan pernah lupa ada yang jalan hidup seseorang bermula dengan episod suka berakhir duka. Itulah mereka-mereka yang cepat Bongkak dan Rasa Tinggi diri bila sudah merasakan diri lebih hebat hingga tak lagi merasakan perlu menghormati dan menjaga kepentingan orang lain.

Akan sampai satu pengajaran buat insan yang bongkak, sombong dan tinggi diri. Akan tiba masanya. Langit tak akan selalunya cerah. Jangan juga selalu beranggapan panas akan berpanjangan sampai ke petang kerana dengan izin Nya, hujan boleh turun di tengahari. Basah kan hati dengan merendah diri biar pun diri sudah di puncak menara. Ikut lah resmi padi. Semakin berisi makin tuunduk menyembah bumi. Jangan di turut resminya lalang.
Centrina
Kala ayah, ibu bekerja. Kita tak pernah fikirkan betapa pengorbanan mereka setinggi gunung. Dari rezeki yang di bawa pulang, menjadi makanan kita. Darah daging kita hingga kita mampu berdiri, berlari dan mengejar cita-cita sendiri. Apakah kita sedar. Kala kita mengatur langkah menaiki anak-anak tangga universiti atau IPT, IPTS. Dada ayah dan ibu kian semput menghela nafas andai menaiki anak tangga yang sama. Dan tahun-tahun berlalu. Tika jarum waktu berputar. Tika kita kian bergaya dan tegap membina personaliti diri, kian jelas garis-garis di wajah mereka?

Ayah, Ibu tak pernah mengeluh tiap sen wang diberikan dan tiap waktu yang diluangkan demi melihat kita berjaya mengejar cita. Simpanan, harta di cari demi masa depan anak-anak. Rumah, tanah, kereta, dusun. Harta Ayah dan Ibu buat kita berjumlah ratusan ribu. Kala terkumpul semua itu dan kita telah dewasa, mereka juga telah menjadi warga tua. Kala kita melangkah ke alam rumah tangga membina keluarga sendiri. Jangan lah kita lupa akan jasa mereka. Jangan lah kita abaikan mereka. Usia tua mereka...tidak lagi melayakkan mereka berlari. Jalan mereka makin perlahan. Makan mereka perlu diurus. Sakit mereka juga perlu di urus....Buatlah yang terbaik buat mereka . Pada sisa usia yang masih berbaki.....mereka menghitung hari hadirnya ajal. Hari semalam bersama anak-anak adalah semangat dan kekuatan mereka.

Buatlah yang terbaik untuk orang tua mu di usia warga emas mereka. .....
Centrina
Hati....tenanglah wahai hati...
Usah ditangiskan ketentuan ini.
Yang pergi tetapkan pergi....
Keimanan mu harus lebih menebal......
Daripada Nya kita datang....kepada Nya kita di kembalikan

Wahai hati.....redhalah........
Sujudlah .....
Jangan lah merintih lagi....Akuilah kebesaran Yang Maha Esa.

Wahai hati.....
Kerinduan ini.... hadiah buatmu.
Cekal lah. Sabar lah. Tabah lah.
Allah bersama mu.......
Menyirami rahmat dan barakah
Kala bibirmu mengalun bacaan doa.
Kala bibirmu melagukan Kalam Allah.
Akan terawat kerinduanmu......

Hati.... kala di kau merindu...
Zahirkan kerinduanmu
dengan bacaan Al-Quran
Pasti kau akan temui ketenangan
Centrina




Tahun ni Projek Khidmat Masyarakat, lebih padat dengan aktiviti yang dirancang oleh setiap tingkatan 1 berpandukan tema yang dipilih. Setiap kelas diminta memilih tema Pencapaian Kendiri atau tema hubungan kekeluargaan, atau tema hidup bermasyarakat atau tema Warisan kepelbagaian budaya Malaysia atau Malaysia negara berdaulat atau tema cabaran masa hadapan.

Selaku guru mata pelajaran, saya sekadar membimbing pelajar, membentuk jawatankuasa dan menyusun aktiviti bersesuaian dengan tema yang dipilih. Gambar di atas diambil sepanjang pelaksanaan akitiviti
Centrina






Isnin, 27 April 2009, Haaa la kemarin, aku ke Kulim High Tech untuk sesi penggambaran bersama krew-krew Explorasi Kerjaya. Kami tiba di AMREC, Advance Material Research, SIRIM Berhad pada jam 10.45 pagi.

Sesi Penggambaran mengambil masa yang panjang . Berakhir jam 5.00 Petang. Syabas kepada krew-krew yang terlibat dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dr. Rosdi bin Ibrahim juga tak lupa kepada Dr. Mat Husin, dua orang penyelidik AMREC, SIRIM Berhad yang telah memberikan kerjasama menjayakan penggambaran kami.
Centrina







Minggu lepas saya berkesempatan mengikuti perkhemahan KRS di Ulu Paip, Kedah
Seronok gak. Mandi manda.......:-) biar tak pandai berenang, seronok dapat berendam badak air pun....hehehe.....
Centrina








Sabtu, 25 April 2009, Kerjakerja mengecat dinding jadi pink purple dijalankan. Berwajah baru makmal IT Tahun ni. Terima kasih pada semua yang berbakti









Jumaat, 24 April 2009, Terima kasih anak-anak Briged ku....tanpa kalian, cikgu tak mampu buat sendiri kerja-kerja mengemas dan menceriakan bilik-bilik untuk kegunaan semua pelajar.
Centrina
Yes!!! Semangat untuk bekerja hari ni. Pagi ni aku ada 2 kelas. Kelas 1 uthman ngan 1 hambali. mula kul 8.50 kelas pagi ni. Aku sampai-sampai je sekolah, sebelum tulis kedatangan, masuk bilik mayat. Huh! tendang lagi. Apa nak jadi dengan bilik mayat ni aku pun tak tahu. Pantang kilat cikit tendang. pantang kilat sikit. Mati.....bosan dibuatnya.

Lepas tulis kedatangan, menapak ke bilik guru. Saja nak jenguk kawan-kawan..:-). Lalu je... x buat pa pun... terus ke bilik ITC bertempat di sebelah bilik Mimos. Aduh!!!!! mana kunci bilik!!! Alamak hilang ka? Huh malam tadi aku kunci, kunci terbawa balik lak. Aduh !!!!. Tak pa tak pa ada kunci spare. BUKAK!!!!. Hehehe... lega rasanya....dapat gak masuk. Semak buku rancangan mengajar jap, cari kertas jawapan kelas 1 uthman. Jap lagi ada kelas. Tgk jam. Hah! dah jam 8.17 pagi ? Tak boleh-tak boleh. Masa untuk makan. Ambil hand bag, KELUAR dan berjalan menuju ke kantin dengan segera.....tengah2 jalan kalut2. Pn Ainon tahan. Wan...kak Ainon nak tegok slaid pembentangan pengetua sekali lagi. Tolong pasang kat bilik gerakan lepas waktu rehat. Baik Bos...k jalan terus ke kantin......

Lepas makan, guna laluan anjung ilmu ke kelas 1 Uthman......SENYUM... Masuk kelas mesti ceria. Agar budak-budak juga ceria tengok cikgu. BANGUN! BANGUN! BANGUN! .......ASSALAMUALAIKUM! ..........:-)

Pemerhatian:=
Pelajar nampak happy.
Kesediaan belajar macam ok je...

TULIS kat papan putih

APA NAK BUAT HARI NI....
1. CIKGU NAK SEMAK NOTA DAN LATIHAN
2. KITA BINCANG SOALAN UJIAN BULAN MAC

Aku tulis senarai nota yang wajib ada dalam nota pelajar....
1. index
2. xxxxxxxxx
3. xxxxxxxxx
4. xxxxxxxxx
5.xxxxxxxxx

tanya pelajar.... ok semua murid semak nota anda. ada tak apa yang telah cikgu senaraikan. Sapa yang tak lengkap. Berlaku jujur. BANGUN!!!!!

Huh!!!!! ada jugak yang bangun..Haaa tak siap kerja rumah la tu. Awak. Bahagian mana yang tak lengkap? Bagi Alasan.

Indeks je cikgu.....
Ok lengkapkan sekarang!

Awak. Kenapa pulak!
Lupa cikgu.
Apa? Lupa. Haaaa mai nak bagi ubat lupa......
C U B I I I I I I I I I T ....Lain kali, buat catatan kerja rumah yang perlu disiapkan. Ingat!

5 orang tak lengkap nota diarahkan melengkapkannya segera. Ya. SEKARANG!!!!

Sambil2, edar kertas Ujian pada pelajar yang siap kerja rumah. Yang tak siap. Tak boleh tau markah dulu.

TULIS jawapan bagi soalan objektif. Minta pelajar semak.
BINCANG jawapan bagi soalan subjektif. Ada yang tak puas hati? saya buka untuk sebarang komen. Datang depan jumpa saya.

Nampak macam semua berpuas hati.....:-).....BAGUS!

Catatan Refleksi Guru...
3 orang kena CUBIT
Kutip semua buku nota pelajar......:-( kena tanda buku lagi.....


Habis kelas, p ambil notebook dan pasang kat bilik gerakan. bukak Slaid pembentangan pengetua. Bagitau Pn. Ainon di pejabat. Kak Basharah panggil. Wan! Wan!.... PPD hantar surat minta maklumat perkakasan ict untuk pelupusan. OK....aku terus minta format borang. Hmmm......K aku kena segera buat. AMBIL file inventori ICT. BAWA p bilik gerakan. Mula isi data. Buat borang........Target aku....SIAP hari ni jugak!....tgok jam. Alamak dah pukul 1! Kelas 1 Hambali. KUAR dari bilik gerakan. P ke bilik aku di MIMOS. Ambil kertas Ujian Mac kelas Hambali.....Cepat-cepat masuk kelas ....ulang proses yang sama dengan kelas 1 Uthman....

Catatan Refleksi Guru...
2 pelajar tak siap kerja rumah.....tak cubit la pulak. Cuma suruh siapkan segera dan hantar.
KUtip semua buku nota kelas 1 Hambali....:-( bertambah keje nak tanda buku....

Loceng tamat wktu perskolahan berbunyi....

Hmmm. Hari ni, aku sempat siapkan borang Pelupusan Je.....:-( Keje nak tanda buku lak ......Macamana dengan laman web sekolah? Macamana dengan Tagging Perkakasan ICT? Macamana dengan Pertandingan Explorace Kerjaya? Macamana dengan Makmal MIMOS? macamana dengan pemilihan ahli Briged yang baru? Macamana dengan kursus2 ICT kepada guru-guru....? Macamana dengan pertandingan Pusat Akses? Macaman dengan akaun SMS Sekolah yang masih pending tak boleh diguna? Macaman dengan Think.Com...aku perlu pertahankan kedudukan JOHAN NEGERI KEDAH.......:-( aku tak punya cukup masa lagi untuk semua tu......tapi itu yang ingin aku lakukan dalam perancangan ku memartabatkan BESTARI di Sekolah.... kertas kerja, banyak lagi tak buat. Minggu Jejak Bestari tinggal 2 bulan lagi....macamana dengan alumni briged? masih sudi ke membantu.....? Selagi diberi kesihatan tubuh badan.... insya allah akan ku teruskan perjuangan ini. Hanya ini yang aku ada....Kerana Allah
Centrina
Pagi...
Seperti biasa, rutin tiap-tiap pagi....mai keje, jenguk bilik 'mayat' untuk memastikan pelayan-pelayanku, tetap hidup. Kebelakangan ini, bilik mayat tu, kerap je tendang . Apa lagi. Letrik tak da. Aircond mati, pelayan-pelayan juga mati lah. Dan pastinya, Cik Kak Cik kak kat pejabat akan bising. Kenapa tak boleh print.? kenapa tak ada internet.? Itu soalan biasa pagi-pagi aku terima......terkadang, perkara ini terjadi bila aku ada kelas awal-awal pagi. Tak dan nak hidupkan semua pelayan-pelayanku. Kena tunggu lepas habis kelas la ya cik kak.....jangan mare...apapun... selain aku, jtk ada la membantu.....biar dia yang up kan server. biar dia hidupkan internet.....

Lepas nampak internet dah ok.... pinter dah jalan... aku, apa lagi. Hari ni, aku plan nak bertapa di bilik ITC ku di bilik Mimos. Nak sedut gambar dari Ustaz Syam untuk kemaskini slaid pembentangan pengetua. Dah 5 hari aku mengadap Notebook buat persembahan slaid tu...harapanku...jangan lah ada masalah teknikal lagi merosakkan penat lelahku.

Huh...penat. Sedikit penat selepas saja mengajar kelas 1 Abu Bakar. Budak-budak ni, lagi di beri muka, lagi letih kita dibuatnya. Celoteh-celoteh depa, terutamanya pelajar lelaki, memang terkadang tu buat sakit je kepala ni. Tapi, aku lebih suka pelajar punya komunikasi dua hala dalam kelasku dari terus pasif sekadar mendengar celoteh ku.