Centrina
Sukar menahan air mata dari gugur membasahi pipi. Bila diri sentiasa di salah erti. Bagaikan busuknya hati ini bila saja teguran ku seperti hendak dibalas dengan sepak terajang dan jadi bahan pertengkaran. Baru kini ku merasa apa yang abah rasa. Memang sejak dari dulu abah cuba meluahkan sesuatu. Namun terus ditelan segalanya, menjadi racun buat dirinya.

Aku sedar, aku cuma menumpang berteduh di sini. Ke mana pun ku pergi, aku cuma menumpang berteduh. Namun keimananku, bukan sekadar di hati. Sebaliknya bibirku petah berkata-kata, menegur suatu yang padaku, masih boleh diperbetulkan. Bukan nya bermakna aku sempurna, tapi aku juga terbuka untuk menerima teguran yang membina. Terima kasih pada yang benar-benar ikhlas menegurku dan memimpinku ke jalan yang lebih lurus dan benar.

Selagi aku diberikan aqal untuk berfikir. Selagi aku diberikan kudrat untuk berkata-kata dan menilai kebaikan dan keburukan. Selagi aku peduli kerana sayang, aku menegur kesilapan-kesilapan dengan harapan, teguran ku paling-paling tidak, di dengari kalau pun tak mahu menerima. Tapi jangan lah diri ini di kasari dengan kata-kata nista. Janganlah diri ini di kasari dengan tindakan. Kerana aku tidak niat memulakan permusuhan. Sekadar sekelumit menyambung 'amanah' dari tugas Rasulullah , menyampaikan pesanan-pesanan ke arah kebaikan.

Aku sedar dosaku bertempek dan diriku bukan insan yang luhur dan suci. Namun, selagi aku menangis bila mengenangkan segala dosa dan kesilapanku dengan hati yang sangat kesal. Aku tahu Allah juga masih sayangkan aku...

Jauh di dasar hati ku, benar-benar dunia ini penjara buatku. Aku tak lagi mengejar apa-apa. Sekadar meneruskan kehidupan, untuk menerangi jalan insan lain yang aku sayangi. Moga Allah berkati perjuanganku ini. Aku bahagia dan tenang dengan apa yang ku milliki seadanya. Tiada lagi sempit dadaku melihat apa yang orang miliki, tiada padaku.....

حسبي ربي

0 Responses