Centrina
Terukir senyuamn di bibir Aina. Tanpa berkata apa-apa, hatinya menguntum mekar kegembiraan. Baru sebentar tadi bicaranya bersama Azwin. Keputusan bagi permohonan untuk bertukar telah diluluskan. Segala jerih perihnya kali ini berbaloi dan kini dia tak lagi perlu turun naik ke Kementerian Pelajaran memohon untuk pindah.
Sepuluh tahun Aina berjauhan dari keluarga. Tempoh waktu yang mengajarnya erti sebuah kehidupan bersendirian dan berdikari. Tempoh waktu itu juga tanpa sedar, banyak perubahan terjadi pada keluarganya dan dia tidak berkesempatan untuk benar-benar merasakan kehadirannya untuk kedua orang tuanya di usia emas mereka. Tapi kali ini, dari berita yang baru diterimanya sebentar tadi, harapannya mula bersinar. Wajah Ibu tersayang tergambar di matanya menguntum senyuman andai mendengar berita itu dan kerana itu, Aina membalas senyuman.
Berkaca mata ibu mendengar berita dari Aina tentang kepulangannya untuk kembali bertugas di negeri Kelantan kembali setelah dua puluh tahun berhijrah meninggalkan kampung halaman.
|
Centrina
Sukar menahan air mata dari gugur membasahi pipi. Bila diri sentiasa di salah erti. Bagaikan busuknya hati ini bila saja teguran ku seperti hendak dibalas dengan sepak terajang dan jadi bahan pertengkaran. Baru kini ku merasa apa yang abah rasa. Memang sejak dari dulu abah cuba meluahkan sesuatu. Namun terus ditelan segalanya, menjadi racun buat dirinya.
Aku sedar, aku cuma menumpang berteduh di sini. Ke mana pun ku pergi, aku cuma menumpang berteduh. Namun keimananku, bukan sekadar di hati. Sebaliknya bibirku petah berkata-kata, menegur suatu yang padaku, masih boleh diperbetulkan. Bukan nya bermakna aku sempurna, tapi aku juga terbuka untuk menerima teguran yang membina. Terima kasih pada yang benar-benar ikhlas menegurku dan memimpinku ke jalan yang lebih lurus dan benar.
Selagi aku diberikan aqal untuk berfikir. Selagi aku diberikan kudrat untuk berkata-kata dan menilai kebaikan dan keburukan. Selagi aku peduli kerana sayang, aku menegur kesilapan-kesilapan dengan harapan, teguran ku paling-paling tidak, di dengari kalau pun tak mahu menerima. Tapi jangan lah diri ini di kasari dengan kata-kata nista. Janganlah diri ini di kasari dengan tindakan. Kerana aku tidak niat memulakan permusuhan. Sekadar sekelumit menyambung 'amanah' dari tugas Rasulullah , menyampaikan pesanan-pesanan ke arah kebaikan.
Aku sedar dosaku bertempek dan diriku bukan insan yang luhur dan suci. Namun, selagi aku menangis bila mengenangkan segala dosa dan kesilapanku dengan hati yang sangat kesal. Aku tahu Allah juga masih sayangkan aku...
Jauh di dasar hati ku, benar-benar dunia ini penjara buatku. Aku tak lagi mengejar apa-apa. Sekadar meneruskan kehidupan, untuk menerangi jalan insan lain yang aku sayangi. Moga Allah berkati perjuanganku ini. Aku bahagia dan tenang dengan apa yang ku milliki seadanya. Tiada lagi sempit dadaku melihat apa yang orang miliki, tiada padaku.....
حسبي ربي
|
Centrina

Apa yang menggembirakanku....????
UNTUK SENTIASA BERSAMA ORANG YANG AKU SAYANGI
Tapi semua jauh dariku dan kian menghilang.....dan aku tak punya pilihan
untuk menghalang sebuah kematian dan perpisahan
|
Centrina

Aku di kampung. Dari tingkap bilikku, aku merenung kerusi batu di belakang rumah. Tempat di mana abah selalu bersantai menikmati pemandangan alam di kelilingi kebun dokong dan rambai hasil usahanya 20 tahun yang lalu. Suasana tempat itu dah berubah. Rumput-rumput meninggi sehingga ke paras betis. Lumut-lumut hijau pada kerusi batu juga kian menebal. Baru hampir 6 bulan abah meninggalkan kami. Persekitaran rumah sudah tak lagi terurus. Aku mula menyedari. Betapa bakti abah sebenarnya sangat-sangat besar. Walau kudrat cuma mampu mencabut rumput dengan genggaman tangannya kerana tidak lagi mampu menghayun cangkul semenjak melalui pembedahan memasang bateri jantungnya, abah mampu menjaga laman belakang rumah untuk kami semua rasa selesa dan gembira. Tidak seperti sekarang. Melihat berlumutnya kerusi batu itu, hakikatnya berlumutnya hati-hati kami untuk terus menikmati keadaan sekeliling sejak semuanya dah berubah. Pada hal, masa ada nya abah. Di situlah tempat kami bersantai minum-minum petang, makan kiuh atau goreng pisang sambil sembang-sembang. Abah mesti sedih andai mampu
pulang menjenguk laman kesukaannya....
Entah kenapa, angin juga bagaikan tak lagi berhembus. Hatiku sayu. Dan aku menangis lagi. Sungguh aku merindui semua kenangan lalu bersama abah. Di kerusi batu itu juga, pernah rakan-rakan rapat dengan ku bersantai ....biar hanta kerusi batu. Kenangan pada satu laman itu, menggamit perasaanku....
|
Centrina

Pada laluan lorong-lorong kehidupan ini. Masa terus berdetik. Terkadang detik waktu itu menggegar degup jantung. Dan kerapnya detik waktu itu menitiskan airmata. Kerapnya, bila sendirian merempuh lorong-lorong kehidupan, berjauhan dari keluarga, akan kelemasan dalam kegelapan, ketakutan, kebimbangan. Namun harus terus pastikan... diri terus sedar. Tidak pitam dalam kelemasan. Biar pun payah meredah lorong-lorong kehidupan tanpa orang tersayang, Harus terus berdiri ! Kerana dari kejauhan... masih ada kehidupan lain yang mengharapkan semangat kita, demi meneruskan hidup mereka.
Andai diri tidak mampu menjadi matahari yang menerangi semesta alam, impikanlah agar diri dapat kiranya menjadi bulan yang dapat menerangi malam atau sekadar menjadi bintang yang memberi pertunjuk kepada pengembara tika meredah luasnya lautan.
|
Centrina
Ingatlah. Sebelum berdiri tegapnya kamu sekarang. Pasti kamu bertatih mengatur jalan dipimpin tangan-tangan mangajarmu berjalan. Tika kamu hilang arah tuju, ada insan yang menjadi pertunjuk buatmu hingga kau mampu berada ditempat beradanya kamu sekarang.
Tapi malangnya, manusia kerap lupa. Manusia kerap berangapan, Itu sudah lumrah. Jatuh bangun seseorang sudah jadi asam garam sebuah kehidupan.
Yang dulu tak sama dengan yang sekarang. Yang berlalu jangan diungkit-ungkit lagi. Karana prinsip dan pegangan hidup inilah maka manusia jadi insan yang bongkak dan cepat Tinggi diri bila berada di atas.
Insan begini mampu pijak kepala siapapun yang tak lagi memberi kepentingan buat hidupnya. Insan begini tak lagi akan kenal siapa-siapa yang tak lagi berguna buat nya. Biarpun mungkin insan yang pernah mengangkatnya jatuh dalam gaung kekecewaan yang gelap dan gulita tanpa cahaya, tanpa udara.
Jangan lah kita tergolong dalam kelompok insan yang bongkak dan meninggi diri apabila merasakan diri lebih tahu banyak perkara dari insan yang pernah membimbing kita. Jangan lah kita memandang rendah dan menghina orang lain kerana kehebatan yang ada pada kita. Sungguh kelebihan yang ada, kebahagiaan, kecerdasan, dari Allah juga segalanya datang dan bisa di ambil pada bila-bila masa.
Harus di ingatkan. Tiap insan bakal diuji. Ada yang jalan hidup seseorang bermula dengan episod duka berakhir suka. Namun jangan pernah lupa ada yang jalan hidup seseorang bermula dengan episod suka berakhir duka. Itulah mereka-mereka yang cepat Bongkak dan Rasa Tinggi diri bila sudah merasakan diri lebih hebat hingga tak lagi merasakan perlu menghormati dan menjaga kepentingan orang lain.
Akan sampai satu pengajaran buat insan yang bongkak, sombong dan tinggi diri. Akan tiba masanya. Langit tak akan selalunya cerah. Jangan juga selalu beranggapan panas akan berpanjangan sampai ke petang kerana dengan izin Nya, hujan boleh turun di tengahari. Basah kan hati dengan merendah diri biar pun diri sudah di puncak menara. Ikut lah resmi padi. Semakin berisi makin tuunduk menyembah bumi. Jangan di turut resminya lalang.
|
Centrina
Kala ayah, ibu bekerja. Kita tak pernah fikirkan betapa pengorbanan mereka setinggi gunung. Dari rezeki yang di bawa pulang, menjadi makanan kita. Darah daging kita hingga kita mampu berdiri, berlari dan mengejar cita-cita sendiri. Apakah kita sedar. Kala kita mengatur langkah menaiki anak-anak tangga universiti atau IPT, IPTS. Dada ayah dan ibu kian semput menghela nafas andai menaiki anak tangga yang sama. Dan tahun-tahun berlalu. Tika jarum waktu berputar. Tika kita kian bergaya dan tegap membina personaliti diri, kian jelas garis-garis di wajah mereka?
Ayah, Ibu tak pernah mengeluh tiap sen wang diberikan dan tiap waktu yang diluangkan demi melihat kita berjaya mengejar cita. Simpanan, harta di cari demi masa depan anak-anak. Rumah, tanah, kereta, dusun. Harta Ayah dan Ibu buat kita berjumlah ratusan ribu. Kala terkumpul semua itu dan kita telah dewasa, mereka juga telah menjadi warga tua. Kala kita melangkah ke alam rumah tangga membina keluarga sendiri. Jangan lah kita lupa akan jasa mereka. Jangan lah kita abaikan mereka. Usia tua mereka...tidak lagi melayakkan mereka berlari. Jalan mereka makin perlahan. Makan mereka perlu diurus. Sakit mereka juga perlu di urus....Buatlah yang terbaik buat mereka . Pada sisa usia yang masih berbaki.....mereka menghitung hari hadirnya ajal. Hari semalam bersama anak-anak adalah semangat dan kekuatan mereka.
Buatlah yang terbaik untuk orang tua mu di usia warga emas mereka. .....
|
Centrina
Hati....tenanglah wahai hati...
Usah ditangiskan ketentuan ini.
Yang pergi tetapkan pergi....
Keimanan mu harus lebih menebal......
Daripada Nya kita datang....kepada Nya kita di kembalikan
Wahai hati.....redhalah........
Sujudlah .....
Jangan lah merintih lagi....Akuilah kebesaran Yang Maha Esa.
Wahai hati.....
Kerinduan ini.... hadiah buatmu.
Cekal lah. Sabar lah. Tabah lah.
Allah bersama mu.......
Menyirami rahmat dan barakah
Kala bibirmu mengalun bacaan doa.
Kala bibirmu melagukan Kalam Allah.
Akan terawat kerinduanmu......
Hati.... kala di kau merindu...
Zahirkan kerinduanmu
dengan bacaan Al-Quran
Pasti kau akan temui ketenangan
|
Centrina


Tahun ni Projek Khidmat Masyarakat, lebih padat dengan aktiviti yang dirancang oleh setiap tingkatan 1 berpandukan tema yang dipilih. Setiap kelas diminta memilih tema Pencapaian Kendiri atau tema hubungan kekeluargaan, atau tema hidup bermasyarakat atau tema Warisan kepelbagaian budaya Malaysia atau Malaysia negara berdaulat atau tema cabaran masa hadapan.
Selaku guru mata pelajaran, saya sekadar membimbing pelajar, membentuk jawatankuasa dan menyusun aktiviti bersesuaian dengan tema yang dipilih. Gambar di atas diambil sepanjang pelaksanaan akitiviti
Centrina
|
Centrina



Minggu lepas saya berkesempatan mengikuti perkhemahan KRS di Ulu Paip, Kedah
Seronok gak. Mandi manda.......:-) biar tak pandai berenang, seronok dapat berendam badak air pun....hehehe.....
|
Centrina


Sabtu, 25 April 2009, Kerjakerja mengecat dinding jadi pink purple dijalankan. Berwajah baru makmal IT Tahun ni. Terima kasih pada semua yang berbakti


Jumaat, 24 April 2009, Terima kasih anak-anak Briged ku....tanpa kalian, cikgu tak mampu buat sendiri kerja-kerja mengemas dan menceriakan bilik-bilik untuk kegunaan semua pelajar.
|